Kasut Bundle

Assalamualaikum dan Pagi..

Semalam aku sempat berborak borak dengan seorang penjual kasut bundle. Dia ak perkenalkan sebagai Mr M tidaklah mempunyai kedai menjual kasut pun. Businessnye lebih tertumpu untuk mengambil kasut2 terpakai dari kota singapura dan menjualkannya kepada peniaga2 kasut bundle di sekitar Kota Bharu.

Kasut2  Mr M ni masih lagi dalam berkeadaan baik dan ada antaranye masih lagi kelihatan seperti baru.  Sudah semestinya kasut2 tersebut adalah original dan berjenama gah seperti adidas, nike,asics,timberland etc.

kasut bundle

Harganya pula berpatutan  iaitu RM50 bagi setiap pasang regardless of jenama, size or berapa lama kasut tu da dipakai. Selepas dijual ke bundle, kasut2 tu dijangka dijual pada harga sekitar RM150++. Geram jer rasenya nak amik satu smlm.

Tetapi post  kali ni bukanlah nak bercerita tentang kasut bundle tersebut, tetapi ingin berkongsi cerita tentang si Mr M ini tadi. Kagum pun ada, perasaan simpati n kasihan pun ada pada empunya diri. Menurut Mr M, die terpaksa memulakan kembali perniagaan kasutnya setelah hampir setahun “bercuti” kerana sakit misteri dan menurut ceritanye lebih kepada terkena perbuatan khianat org yang tidak berpuas hati dengan kejayaan perniagaannya.

Sebelum terkena penyakit misteri tersebut, Mr M mempunyai asset (yg sebenarnye libiliti) yang agak byk. Terpegun ble dia menceritakan yang dia mampu memiliki 8 buah kereta pada masa tersebut, yang mana 5 daripadanya buatan Malaysia bermula dari Proton Wira sehingga Proton Perdana, manakala 3 lagi adalah Honda Accord executive, BMW (model ape ntah,tp bernilai dalam 380k), and sebuah lagi kereta yg ak snirik pun da lupa. Die juga mampu menyewa sebuah rumah 6 bilik dengan bayaran RM2800 sebulan.

Agak sedih bla die menceritakan tentang keadaannya semasa terkena penyakit misteri tersebut. Akibatnye dia tidak mampu lagi  meneruskan perniagaannya, semua keretanya telah ditarik kerana berbulan tidak berbayar, nafkah anak isteri terabai, dan dirinya sendiri  tidak terurus.

Kini, setelah setahun menderita, die kembali sihat setelah dibawa berjumpa dgn seorang tokoh ulama terkenal. Die kembali memulakan perniagaannya dan terpaksa bermula dari bawah kembali. Tidak memilik kenderaan sendiri kerana namanya sudah di blacklist kan dan hanya mampu menyewa sebuah myvi utk kegunaan harian.

Intipati cerita ini ble dibandingkan dengan sedikit isi sebuah buku bertajuk “rich dad poor dad”, Mr M sebenarnye pada suatu masa dlu mempunyai wang yang byk tetapi die mungkin telah tersilap percaturan. Instead of memiliki asset2 yang boleh membantunya dikala susah, Mr M memilih utk memiliki liability yang bukan hanya tidak membantu semasa keadaan susah malahan menambahkan lagi masalah kewangannya semasa die tidak menjalankan perniagaan.  Hidupnya dan kluarga terabai selama setahun ketika itu. Salah satu definisi rich didalam buku tersebut adalah berapa lama anda mampu survive sekiranya anda tidak lagi mempunyai income yang tetap. Berdasarkan definisi tersebut, bolehlah dikatakan Mr M tidak ckp kaya utk menampung hidupnya sekeluarga walaupun hanya dalam tempoh setahun.

Walaubagaimanapun, aku bukanlah layak untuk berkata demikian kerana aku tidak mempunyai pengalaman dalam menguruskan kewangan, jauh sekali utk memiliki asset buat masa ini. Ape yag tertulis di atas hanyalah sekadar pandangan peribadi berdasarkan bahan bacaan. Bahan bacaan hanyalah member teori yang kadang kala jauh berbeza dengan keadaan didunia yang sebenar.

sekian,

This entry was posted in SHARING. Bookmark the permalink.

2 Responses to Kasut Bundle

  1. Nash says:

    Hoho, orang pantang tengok orang len nak senang…ish2…
    yang dh senang, smga cepat2 berigt…

    Entri terbaru: Mujo Orang Ganu

  2. superb says:

    super sohai ni

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s