Blood Test Report

Assalamualaikum dan PAGI..!!

Terlebih dahulu ingin saya merafakkan rasa syukur yang tidak terhingga atas segala nikmat yang dikurniakan olehNya, yang Maha Pencipta kepada saya. Sesungguhnya saya hanyalah seorang hamba, makhluk kerdil yang menumpang di dunia ini sekadar waktu yang singkat sahaja. Syukur atas kurniaan Iman dan Islam yang saya anuti dan berpegang kepadanya, nikmat kesihatan tubuh badan yang telah saya kecapi lebih dari 23 tahun, serta segala nikmat yang dikurniakanNya kepada saya secara percuma selama ini.

Petang tadi saya telah ke klinik untuk mengambil keputusan ujian darah yang telah saya jalani pada minggu lepas. Dikenakan bayaran sebanyak RM85 untuk beberapa siri ujian yang dilakukan oleh Pantai Premier Pathology Sdn Bhd. Saya dimaklumkan bahawa caj sebenar untuk perkhidamatan tersebut adalah RM180, tetapi telah diberi diskaun bagi pelajar yang berminat untuk mengambilnya pada minggu lepas. Sample darah dan urine telah diambil untuk tujuan ujian tersebut.

Berdebar rasanya seminggu menunggu report penuh ujian tersebut dikeluarkan dan debaran tersebut berakhir petang tadi. Secara keseluruhannya, saya sihat serta disahkan tidak mengidap penyakit2 kronik. Ujian HIV serta bebrapa penyakit lain disahkan negative. Syukur Alhamdulillah.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa items yang perlu saya berikan sedikit perhatian selepas ini. Kandungan uric acid yang agak tinggi menunjukkan saya tidak mengamalkan healthy diet, dan mengambil makanan yang tidak sihat dalam kuantiti yang banyak. Saya dapat mengagak hal ini berpunca daripada kunjungan saya dua hari berturut-turut ke sebuah restoran steamboat dan mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak dan tidak terkawal. Saya telah dinasihatkan untuk mengambil diet yang seimbang serta mengurangkan pengambilan beberapa jenis makanan untuk menjamin kesihatan yang berterusan.

Tidak rugi rsanya menjalani ujian darah tersebut, sekurang-kurangnya saya dapat mengetahui keadaan/condition badan saya ketika ini.

Sekian,

Advertisement
This entry was posted in CORETAN, SUKA DUKA. Bookmark the permalink.

8 Responses to Blood Test Report

  1. nash says:

    awas anda di TAG! tet!

    p/s: jom2 steambot lagi!

  2. farhana aziz says:

    oo..p mkn steambot xajak~
    =p

  3. headway009 says:

    TAG yg mana plak ni nash…huhuhuhu…

    steambot ag ke..??jom2…ak stuju jer..hahaha

  4. headway009 says:

    ni nak ajak r nih..kepada fana n kwn2 sumer..jom2 g mkn steambot kat manjong..rm16 jer..blh mkn banyak2…

  5. _izis_ says:

    nak ikut!!!!!!!!!!

  6. headway009 says:

    nak ikut g mana ya..??

  7. _izis_ says:

    nk ikut g makan stimbot agi…..

    muahahahahaha~~~

  8. headway009 says:

    jom2..sy stuju…ada org nak banjer sy rasanye..

    kan kan kan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s