…HAPPy BIrtHDAY MY DEar …

with love,

atina


Posted in SHARING | Leave a comment

AKU TERIMA NIKAHNYA…

Assalamualaikum..selamat sejahtera

Lme da tuan ny x jenguk cni kn.bz ny dia..xpe,kte lap debu2 ni cket ngn memo kt bwh ye.tjpe mse jalan2 kt muka buku td

Posted in SHARING | 2 Comments

Kasut Bundle

Assalamualaikum dan Pagi..

Semalam aku sempat berborak borak dengan seorang penjual kasut bundle. Dia ak perkenalkan sebagai Mr M tidaklah mempunyai kedai menjual kasut pun. Businessnye lebih tertumpu untuk mengambil kasut2 terpakai dari kota singapura dan menjualkannya kepada peniaga2 kasut bundle di sekitar Kota Bharu.

Kasut2  Mr M ni masih lagi dalam berkeadaan baik dan ada antaranye masih lagi kelihatan seperti baru.  Sudah semestinya kasut2 tersebut adalah original dan berjenama gah seperti adidas, nike,asics,timberland etc.

kasut bundle

Harganya pula berpatutan  iaitu RM50 bagi setiap pasang regardless of jenama, size or berapa lama kasut tu da dipakai. Selepas dijual ke bundle, kasut2 tu dijangka dijual pada harga sekitar RM150++. Geram jer rasenya nak amik satu smlm.

Tetapi post  kali ni bukanlah nak bercerita tentang kasut bundle tersebut, tetapi ingin berkongsi cerita tentang si Mr M ini tadi. Kagum pun ada, perasaan simpati n kasihan pun ada pada empunya diri. Menurut Mr M, die terpaksa memulakan kembali perniagaan kasutnya setelah hampir setahun “bercuti” kerana sakit misteri dan menurut ceritanye lebih kepada terkena perbuatan khianat org yang tidak berpuas hati dengan kejayaan perniagaannya.

Sebelum terkena penyakit misteri tersebut, Mr M mempunyai asset (yg sebenarnye libiliti) yang agak byk. Terpegun ble dia menceritakan yang dia mampu memiliki 8 buah kereta pada masa tersebut, yang mana 5 daripadanya buatan Malaysia bermula dari Proton Wira sehingga Proton Perdana, manakala 3 lagi adalah Honda Accord executive, BMW (model ape ntah,tp bernilai dalam 380k), and sebuah lagi kereta yg ak snirik pun da lupa. Die juga mampu menyewa sebuah rumah 6 bilik dengan bayaran RM2800 sebulan.

Agak sedih bla die menceritakan tentang keadaannya semasa terkena penyakit misteri tersebut. Akibatnye dia tidak mampu lagi  meneruskan perniagaannya, semua keretanya telah ditarik kerana berbulan tidak berbayar, nafkah anak isteri terabai, dan dirinya sendiri  tidak terurus.

Kini, setelah setahun menderita, die kembali sihat setelah dibawa berjumpa dgn seorang tokoh ulama terkenal. Die kembali memulakan perniagaannya dan terpaksa bermula dari bawah kembali. Tidak memilik kenderaan sendiri kerana namanya sudah di blacklist kan dan hanya mampu menyewa sebuah myvi utk kegunaan harian.

Intipati cerita ini ble dibandingkan dengan sedikit isi sebuah buku bertajuk “rich dad poor dad”, Mr M sebenarnye pada suatu masa dlu mempunyai wang yang byk tetapi die mungkin telah tersilap percaturan. Instead of memiliki asset2 yang boleh membantunya dikala susah, Mr M memilih utk memiliki liability yang bukan hanya tidak membantu semasa keadaan susah malahan menambahkan lagi masalah kewangannya semasa die tidak menjalankan perniagaan.  Hidupnya dan kluarga terabai selama setahun ketika itu. Salah satu definisi rich didalam buku tersebut adalah berapa lama anda mampu survive sekiranya anda tidak lagi mempunyai income yang tetap. Berdasarkan definisi tersebut, bolehlah dikatakan Mr M tidak ckp kaya utk menampung hidupnya sekeluarga walaupun hanya dalam tempoh setahun.

Walaubagaimanapun, aku bukanlah layak untuk berkata demikian kerana aku tidak mempunyai pengalaman dalam menguruskan kewangan, jauh sekali utk memiliki asset buat masa ini. Ape yag tertulis di atas hanyalah sekadar pandangan peribadi berdasarkan bahan bacaan. Bahan bacaan hanyalah member teori yang kadang kala jauh berbeza dengan keadaan didunia yang sebenar.

sekian,

Posted in SHARING | 2 Comments

Boringlah Pulak..

Assalamulaikum dan PAGI…

Tiba2 teringat yg aku mempunyai sebijik blog dan malangnya  sudah terlalu lama plak tidak di update.mungkin atas kekangan waktu dan mungkin juga atas kekangan kemalasan yg melanda dan mungkin juga atas alasan yang diri ini  tidak mempunyai jiwa seorang penulis.

Sebelum update pape kat blog ni, mestilah kene ubah theme dlu menunjukkan semangat baru utk menulis…hahaha…

Terlalu banyak sebenarnye idea utk menulis diwaktu ini. Tp tidak mungkin plak utk ditulis dalam dalam satu post, nant panjang berjela plak jadinye post kali ini. Mungkin jugak akan menjadi seperti sebuah karangan pelajar SPM.

Ape2pun kehidupan yg ditempuhi pada masa ini agak jauh berbeza dengan ape yg ak lalui beberapa bulan lepas. Kalo dulunye bergelar seorang pelajar,sekarang tidak lagi begitu. Segalanya berubah. Sekarang tengah mencari pekerjaan yang sesuai, dan dalam masa sama aku bekerja sambilan di salah sebuah jabatan kerajaan yang agak busy utk beberapa bulan nih.

Sehingga kini sudah dua kerja sambilan ak lakukan dan kedua-duanye agak senang tetapi kadang2 agak memenatkan. Akan aku tulis menegenai kedua2nye tidak lama lagi,InsyaAllah.

Sekian dlu utk post kali ini.

Wassalam.

P/s: ramadhan kali ni jugak jauh berbeza dengan ramadhan for past 5 years.

Posted in CORETAN, SHARING | 5 Comments

d’TAG lagi..!!

Assalamualaikum dan PAGI..!!

to be honest, saya tidak mempunyai idea untuk menulis sebarang entry pada waktu ini, tetapi bagi menghormati sahabat saya Nash, yang telah menge”tag” saya beberapa hari yang lepas, maka tersiarlah seketul post di blog ini…hanya sekarang saya  berkesempatan untuk melayan tag tersebut..huhuhu…sorry nash,mcm dah lambat jer…

tag tersebut adalah seperti berikut;

1) You have to print the screen wallpaper that you are using right now.

p/s: ini memg wallpaper yang saya sedang gunakan,tetapi content yang ada kat wall ini telah dikemaskini terlebih dahulu, bagi memastikan gmbar wallpaper inijelas dipandangan anda.

2) Tell us why you like that wallpaper

i myself not that sure whether i do or don’t like this wallpaper, tp ape yang pasti, saya tidak pernah menukar wallpaper ini semenjak saya bertukar ke WINDOWS 7 original copy ni..saya ulangi, original copy..tapi ape yang menariknya menggunakan window7 original copy ini adalah wallpaper ini akan sentiasa bertukar setiap 5 minit dengan beberapa pemandangan yang berbeza. jadi, tidaklah bosan sangat mengadap laptop ini dan saya tidak perlu selalu menukar wallpaper..hebat betul windows 7 original copy ini sebenarnya.

3) Tag people

sebenarnya saya tidak mempunyai ramai kenalan blogger untuk ditag. walauapapun, kepada mereka2 berikut sekiranya anda terbaca entry ini dan berminat untuk menyertai aktivi tag mengetag, marilah sama-sama kita memeriahkan aktiviti masa lapang ini,

azmi safa’i

anis nurdhiani

iziani ismail

Sekian,

Posted in AKTIVITI, CORETAN, SHARING | 9 Comments

Love need no reasons

asalamualaikum and PAGI..!!

i have just surfing the internet and read a few article from one blog to another. i did found a good/ cute story to be shared with and here it is;

*****

love need no reasons;

Lady: Why do you like me..? Why do you love me?

Man : I can’t tell the reason. But I really like you…

Lady : You can’t even tell me the reason… how can you say you like me? How can you say you love me?

Man : I really don’t know the reason, but I can prove that I love you.

Lady : Proof? No! I want you to tell me the reason. My friend’s boyfriend can tell her why he loves her but not you!

Man : Ok..ok!!! Erm… because you are beautiful,

because your voice is sweet,

because you are caring,

because you are loving,

because you are thoughtful,

because of your smile,

because of your every movements.

The lady felt very satisfied with the man’s answer.

____________

Unfortunately, a few days later, the Lady met with an accident and went into the coma stage.

The Guy then placed a letter by her side, and here is the content:

Darling,

Because of your sweet voice that I love you…Now can you talk? No! Therefore I cannot love you.

Because of your care and concern that I like you…Now that you cannot show them, therefore I cannot love you.

Because of your smile, because of your every movement that I love you…Now can you smile? Now can you move?

No, therefore, I cannot love you.

If love needs a reason, like now, there is no reason for me to love you anymore.

Does love need a reason? NO!

Therefore, I still love you…And love doesn’t need a reason

With love always,

Forever yours.

*****

regards,

p/s: yet to found the answer for the question…huhuhu…

Posted in IMPORT, SHARING | 7 Comments

Blood Test Report

Assalamualaikum dan PAGI..!!

Terlebih dahulu ingin saya merafakkan rasa syukur yang tidak terhingga atas segala nikmat yang dikurniakan olehNya, yang Maha Pencipta kepada saya. Sesungguhnya saya hanyalah seorang hamba, makhluk kerdil yang menumpang di dunia ini sekadar waktu yang singkat sahaja. Syukur atas kurniaan Iman dan Islam yang saya anuti dan berpegang kepadanya, nikmat kesihatan tubuh badan yang telah saya kecapi lebih dari 23 tahun, serta segala nikmat yang dikurniakanNya kepada saya secara percuma selama ini.

Petang tadi saya telah ke klinik untuk mengambil keputusan ujian darah yang telah saya jalani pada minggu lepas. Dikenakan bayaran sebanyak RM85 untuk beberapa siri ujian yang dilakukan oleh Pantai Premier Pathology Sdn Bhd. Saya dimaklumkan bahawa caj sebenar untuk perkhidamatan tersebut adalah RM180, tetapi telah diberi diskaun bagi pelajar yang berminat untuk mengambilnya pada minggu lepas. Sample darah dan urine telah diambil untuk tujuan ujian tersebut.

Berdebar rasanya seminggu menunggu report penuh ujian tersebut dikeluarkan dan debaran tersebut berakhir petang tadi. Secara keseluruhannya, saya sihat serta disahkan tidak mengidap penyakit2 kronik. Ujian HIV serta bebrapa penyakit lain disahkan negative. Syukur Alhamdulillah.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa items yang perlu saya berikan sedikit perhatian selepas ini. Kandungan uric acid yang agak tinggi menunjukkan saya tidak mengamalkan healthy diet, dan mengambil makanan yang tidak sihat dalam kuantiti yang banyak. Saya dapat mengagak hal ini berpunca daripada kunjungan saya dua hari berturut-turut ke sebuah restoran steamboat dan mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak dan tidak terkawal. Saya telah dinasihatkan untuk mengambil diet yang seimbang serta mengurangkan pengambilan beberapa jenis makanan untuk menjamin kesihatan yang berterusan.

Tidak rugi rsanya menjalani ujian darah tersebut, sekurang-kurangnya saya dapat mengetahui keadaan/condition badan saya ketika ini.

Sekian,

Posted in CORETAN, SUKA DUKA | 8 Comments